I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 25 December 2011

Ape Plan Korang This Holiday?

Hujan masih turun dengan lebatnya dengan diselangi dentuman2 guruh yg kuat.Ayam Kilat sabung-menyabung dengan lajunya seperti mengikut irama rancak.1/2jam kemudian barulah hujan kembali reda dan dikala itu kelihatan embun2 mula jatuh daripada daun pepohon nyiur dihalaman rumah gua.Sekarang barulah gua dapat melayan sinetron "Nada Cinta" akibat Astro yg tidak dapat beroperasi akibat hujan lebat sebentar tadi.




Sebenarnye gua bukan layan sgt cheghite 'Nada Cinta' tu tapi gua takde plan pegi mane2 pon this holiday.Tu yang layan je sinetron2 yang disiarkan.Gua bukan ape,kalau gua pegi mane2 secara automatic fulus$ gua hilang entah ke mane.Lagipon gua bukan ade GF.So,gua lebih prefer dudok kat rumah,tgk TV,makan megi,minum kopi dan etc.



So,kat sini gua nak kongsi sedikit plant plan yang boleh korang semua buat this holiday.Bagi yang ade sweetheart(gula2 hati?),menonton wayang di pawagam merupakan acara yg boleh dikategorikan sebagai perkara wajib mesti dilakukan..Hujung tahun ni pon banyak filem yg baru keluar.For example,Ombak Rindu,Mission Imposssible 4:Ghost Protocol,Sherlock Holmes,Songlap dan sebagainya.





                             Sedikit adegan dari filem Ombak Rindu.





Bajet yang diperlukan bagi menonton wayang bagi dua orang(bf&gf) minimum ialah RM20.Harga ini tidak termasuk popcorn dan pepsi cola.So,mungkin tiada masalah untuk korang menonton wayang sebagai plan for this holiday.

        Kenape asyik2 muke Yusry KRU(Lisa Surihani takpe) je keluar!


Selain itu,korang juge boleh bawak partner korang pegi tenangkan fikiran di tempat2 yang menenangkan jiwa dan perasaan kome.Bajet pon takdelah mahal sangat.Bermodalkan "Corntozz" dan "Twister:Rasai rasa jus oren sebenar" korang boleh berkelah secara mini disitu.








Kalau korang mempunyai wang yg banyak or korang memang beruang berwang,boleh-lahh korang pergi shopping menghabiskan stock di pusat membeli-belah pilihan anda.Sudah pasti YES aka Year End Sales menanti kunjungan anda tanpa rasa jemu.


Bagi kanak-kanak pula,adik2 bolehlah menyertai pertandingan yg mendatangkan faedah.Contohnya pertandingan mewarna,melukis potret Monalisa,masuk air dalam botol dan etc.

Untuk yang berkeluarga,korang boleh membawa anak2 pergi melawat zoo,tempat rekreasi,pusat bersejarah dan sebagainya.Ikatan kekeluargaan boleh dieratkan melalui aktiviti mudah ini.


Gua harap korang dapat sedikit panduan for any plan in this holiday.Sekian saje dari saya,pakar motivasi anda,Dr Rozmey Fadzilah Nazmi.
p/s:Selami diri,selami hati,selami akal dan selami lautan dalam.
        -Dr.Fadzilah Nazmi-

No comments:

Post a Comment

Bla , bla , bla !