I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 27 January 2012

TELUK BATIK?



Teluk Batik terletak di daerah Manjung,Perak.Korang tahu tak bagaimana Teluk Batik mendapat nama?Setelah seminggu gua membuat kajian,sejarah baru telah ditemui.Ianya bermula begini,pada zaman dahulu kala,masa tu Isaac Newton pon belum lahir,pedagang2 dari Portugis belayar menjelajah lautan biru dengan hasrat ingin mencari tanah jajahan baru supaya aktiviti perdagangan mereka dapat dijalankan.Akhirnya mereka terjumpa sebuah kawasan pantai yg indah dipandang mata,sejuk bila korang mandi kat situ,enak bila ber"picnic".Lalu pedagang2 Portugis ini membuka tanah di situ,lalu menjual barang2 dagangan mereka.Dan diantara barang2 dagangan,terdapat suatu barangan yg mereka bawa khas dari Portugis.Ia dinamakan Fabric de' Batik.Ia memang barang dagangan yg paling laku dijual kerana ia sememangnya unik.




Pada suatu hari,pihak pedagang Portugis ini telah diserang oleh lanun-lanun dari Pulau Caribbean Selatan yg diketuai oleh Kapten Jeck Separuh.Perang darah berlaku dimana semua orang disitu mati dan kain2 Fabric de' Batik bersepah merata-rata tempat di kawasan pantai itu.Beberapa hari selepas itu,seorang penduduk kampung yg bernama Khalid(bukan nama sebenar) menjumpai kawasan itu,lalu menamakan ia sebagai Teluk Batik kerana dia menjumpai banyak tanda harga pada sehelai kain yg bertulis,"Fabric de' Batik:$50".




Lalu,gua dan rakan2 telah bersetuju untuk ke Teluk Batik yg dikatakan seronok untuk bermandi-manda.Kitorang menunggang motosikal beramai-ramai ke sana.








Kitorang mandi,berkayak,menanam orang,mencari plankton dan mencari timun laut.Walaupun air laut ini sangat masin,tapi sanggup kitorang redahi jua.








Sesi menanam orang yang berjaya dirakam oleh fotographer tak berbayar.Sebanyak 15 kilo pasir pantai yg diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini.


                                            Proses pengebumian dijalankan.



                                                       Di persisir pantai


Setelah penat beramati-matian mandi disitu.Kitorang pon bersiap untuk pulang kerumah masing2.Ia sememangnya pengalaman yg tidak dapat dilupakan kerana tahun ni,tahun last kitorang satu sekolah.





p/s:Gong Xi Fa Cai to all my chinese friend.



















Monday, 2 January 2012

ALAH BISA,TEGAL BIASA

                                                         Inilah skola gua!



Masuk tahun ni dah 5 tahun gua sekolah kat sini.Ia terletak di pinggir bandar Telok Anson dan dikelilingi oleh pepohon sawit yang rendang dan kadangkala indah dilihat apabila ditiup oleh angin sepoi2 bahasa.Pada mulanya memang perit untuk menjalani kehidupan disini terutamanye ketika gua F1 & F2 a.k.a junior.Tapi,setelah memahadi adat resam kehidupan penduduk2 di sini,gua telah membiasakan diri untuk hidup di sini.

                      Ini pula blok hostel gua.Colourfull macam tadika bukan?Ignore kan
                      bebudak tu.Riak muka setelah ditinggalkan parent.


Lupakan pasal gambar di atas.For your information,dorm gua terletak di blok banggunan yang bercolour merah jambu atau dalam bahasa Latin,pink.Name beliau Omega de' Cobra.Orang Italy agaknye.Warne die memang jambu sikit sebab penghuni2 kat situ semue jambu membolehkan tinggal dengan harmoni di blok jambu tu.Antara bekas2 penghuni blok jambu ni ialah Aaron Aziz,David Beckham,Bradd Pitt,Randy Pangalila,Nazmi Mokhtar & etc.Bagi mantan2 penghuni Omega di blok asrama perempuan ialah Lisa Surihani,Yoona,Selena Gomes,Demi Lovato,Acha Septriasa dan lain2.


Ok,experience gua stay kat hostel ni memang banyak.So,sesape yang bakal dok kat hostel tu,ni gua nak cerite sket.




Kat hostel terdapat pelbagai perkataan yang boleh dikatekan sebagai bahasa hostel.Kalau gua nak cerite memang tak habes.Perkataan2 seperti fly,katok,capap dan etc.Dengar macam sedikit lucah tetapi ia tidak mempunyai maksud sebegitu.


                           katok=mengambil makanan ketika seseorang tgh menikmati makan dgn izin tuan.
                                      Kebiasaannya ratio katokan ialah 2:1.
                          capap=menyibuk hal orang lain/cari publisiti.
                                 fly=ia sebenarnya aktiviti keluar asrama/sekolah tanpa kebenaran.
                         sodorm=pelakuan solat yang dilakukan di dorm dan bukannya di surau Al-Falah
                             lampi=lambat pick-up,slow,lembab,siput babi
                              open=promotion kepada semua tentang makanan/minuman yang tak habis dimakan
                             etc........................................................

Kat hostel,singkatan perkataan or akronim kepada sesebuah tempat di kawasan sekolah juga ada diterbitkan.Contohnya:


                                                   DB=Dewan Besar
                                                  DM=Dewan Makan
                                                Koop=koperasi



Kat hostel,senior dianggap dewa dan suci.Senior adalah pelajar2 yg berade di tingkatan 4 & 5.Kalau berjalan bertentangan or terserempak dengan senior kepala mesti tunduk,mata melihat ke tanah/lantai sambil memberi salam,"Assalamualaikum abang".Tetapi abang2 selalu tidak memberikan sebarang reaksi atau seperti tidak menghargai salam yg diberi.Tapi gua tahu,dalam hati beliau bangga+riak becoz junior respect.[gua pon pernah jadi senior beb].

Adegan yang berjaya dirakam.


Kat hostel, dekat board dorm, F3 adalah ajk dorm, F4 adalah naib manakala F5 adalah ketua segala ketua kat dalam dorm. F1 and F2 adalah hamba abdi yang kemaskan dorm. Alasan mengecualikan F 3,4, n 5 adalah kerana mereka penat study. Apekejadahnye rasionalnye pon gua tak tahu.





Kat hostel,FI & F2 merupakan kerahan tenaga percuma.Antara kerja2 yg disuroh ialah mencuci baju,urut badan senior yg dah tua dimamah usia,ambik air panas kat water dispenser/cooler,beli makanan kat kantin,beli berus gigi kat koop malah menjadi posmen tidak bergaji menghantar note2 cinta kat awek.[gua tak pernah buat bende2 cmni,gua takde awek.]





Kat hostel,tidor merupakan satu perkara berharga.Kalau dibandingkan dengan emas sekalipon,tidor tetap berharga buat kitorang.Pantang ade waktu renggang,mase itulah akitivitis ini dilakukan.Selalunye time cikgu takde[pergi kursus],cikgu tak hadir[mc] dan sebagainya.Tak kira di hostel,kelas,perhimpunan rasmi mahupon di padang.





Kat hostel,kami mengamalkan dasar harmoni bagi mewujudkan suasana ceria.Berkongsi makanan dengan berpegangkan konsep makanan gua,makanan korang.Makanan korang,makanan gua.Berat sama dipikul,berat sama dijinjing.Biar putih mata,jangan perut kosong.Tapi,walaupon kitorang selalu melantak,perot kami sentiasa berbunyi mintak diisi.Situasi ini selalu berlaku terutamanya di waktu dinihari.


Kat hostel,megi ibarat makanan ruji selain nasi DM.Dengan tidak menghiraukan jenama megi.Tidak kirelah,Mee Sedap[sedap sgt ke?],Ruski,PenangMee:Betul2 Holiau!,Cinta Cintan & sebagainya.Ia juga menyerlahkan keharmonian bersama elemen kreativiti dengan makan megi menggunakan baldi tanpa menghiraukan kandungan di dalam baldi sebelum itu.




Kat hostel,sosej yang dijual juga menjadi makan peveret yang mudah didapati dengan harga RM0.50 sebatang.Dengan sos diatasnya,membuatkan anda akan terliur melihatnya dikala perut rancak berbunyi.Sosej ini kebiasaanya akan direbus dgn air Pepsi panas di dalam baldi.





Kat hostel,roti atau cupcake yang dibeli dari kedai kek yg bernama Happy Angel[betul ke?] menjadi bende paling sweet la kalau korang nak bagi kat awek.Coklat Cadburry yang boleh didapati di koop dengan harga  RM2.50 juga tidak kurang hebatnye menjadi tarikan apabila diberi kepade awek.Gua boleh jamin si awek ni akan senyum sehingga bangun kemudian harinya.


Kat hostel,time riadahlah menjadi medan buat kitorang mencurah bakat bermain pelbagai jenis permainan.Tapi gua lebih suka main 'copa'.'Copa' seakan-akan futsal cuma dimainkan di sebidang lantai simen dengan bertiangkan gol bersaiz mini yg menyukarkan misi utk menjaringkan gol.






                                             Sori,bola tak berape bulat/sphere.


                                                 Nampak fantastic bukan?


Kat hostel,kitorang takde kaunter nombor giliran untuk menggunakan perkhidmatan awam seperti iron,seterika,alat menggosok baju,penggosok baju dan etc.Kitorang menggunakan istilah "after" sebagai menggantikan tiket nombor giliran itu sendiri.Unik bukan?



Kat hostel,cara kami meraikan hari lahir seseorang agak kurang ajar unik dengan mencampakkan mangsa ke terusan.Ianya sebagai satu tanda penghargaan kepada mangsa.Kejam bukan?Air terusan tersebut telahpun bercampur dgn najis ikan,bangkai ikan,anak ikan mati dan sebagainya yang membuatkan ia berbau busuk tahap 5.



Mangsa tersenyum dgn hajat dapat melembutkan hati yang lain supaya melepaskan beliau.



Kat hostel, para jejaka  gemar mencari junior pompuan untuk dijadikan adik angkat. Konon2 nak protect la. Ceh, padahal nak mengorat.[Gua jauh sekali nak buat bende2 cenggini].Gua suroh mak gua cari jodoh merangkap awek buat gua.C'mon la, adik angkat yang skola bagi suro jage pon x terjaga, lagi maw tambah ka?







p/s:Selamat kembali ke sekolah & Selamat Tahun Baru 2012!