I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 27 January 2012

TELUK BATIK?



Teluk Batik terletak di daerah Manjung,Perak.Korang tahu tak bagaimana Teluk Batik mendapat nama?Setelah seminggu gua membuat kajian,sejarah baru telah ditemui.Ianya bermula begini,pada zaman dahulu kala,masa tu Isaac Newton pon belum lahir,pedagang2 dari Portugis belayar menjelajah lautan biru dengan hasrat ingin mencari tanah jajahan baru supaya aktiviti perdagangan mereka dapat dijalankan.Akhirnya mereka terjumpa sebuah kawasan pantai yg indah dipandang mata,sejuk bila korang mandi kat situ,enak bila ber"picnic".Lalu pedagang2 Portugis ini membuka tanah di situ,lalu menjual barang2 dagangan mereka.Dan diantara barang2 dagangan,terdapat suatu barangan yg mereka bawa khas dari Portugis.Ia dinamakan Fabric de' Batik.Ia memang barang dagangan yg paling laku dijual kerana ia sememangnya unik.




Pada suatu hari,pihak pedagang Portugis ini telah diserang oleh lanun-lanun dari Pulau Caribbean Selatan yg diketuai oleh Kapten Jeck Separuh.Perang darah berlaku dimana semua orang disitu mati dan kain2 Fabric de' Batik bersepah merata-rata tempat di kawasan pantai itu.Beberapa hari selepas itu,seorang penduduk kampung yg bernama Khalid(bukan nama sebenar) menjumpai kawasan itu,lalu menamakan ia sebagai Teluk Batik kerana dia menjumpai banyak tanda harga pada sehelai kain yg bertulis,"Fabric de' Batik:$50".




Lalu,gua dan rakan2 telah bersetuju untuk ke Teluk Batik yg dikatakan seronok untuk bermandi-manda.Kitorang menunggang motosikal beramai-ramai ke sana.








Kitorang mandi,berkayak,menanam orang,mencari plankton dan mencari timun laut.Walaupun air laut ini sangat masin,tapi sanggup kitorang redahi jua.








Sesi menanam orang yang berjaya dirakam oleh fotographer tak berbayar.Sebanyak 15 kilo pasir pantai yg diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini.


                                            Proses pengebumian dijalankan.



                                                       Di persisir pantai


Setelah penat beramati-matian mandi disitu.Kitorang pon bersiap untuk pulang kerumah masing2.Ia sememangnya pengalaman yg tidak dapat dilupakan kerana tahun ni,tahun last kitorang satu sekolah.





p/s:Gong Xi Fa Cai to all my chinese friend.



















No comments:

Post a Comment

Bla , bla , bla !