I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 13 March 2012

-PART 1- Rupanya Hujan Pulak di Tengahari.

Setelah 20 1/2 minit Torres,member gua mengejut dengan memukul badan ini dengan bantal Dreamland dan renjisan air pili ,akhirnya jasad & roh ini bersatu kembali seperti sediakala.Lantas gua cepat2 tengok jam Rolex gerbang malam yang sempat gua beli semasa masih lagi di Malaysia.Jam menunjukkan pukol 8 pagi waktu London,England dan sememangnya gua sudah lambat untuk kelas yg ketiga minggu ini.Oh lupe nak bagitau,gua sekarang sedang mengambil ijazah Business Management di University London(UL?).Bapak gua yang hantar gua mengaji kat sini supaya aku boleh uruskan syarikat keluarga kami iaitu Epal Inc. yang berpengkalan di kota metropolitan,Kuala Lumpur.



                                              Logo syarikat bapak gua,Epal Inc.






Kelas hari ini mmg memenatkan.Malam itu,aku dan roomate aku,Torres keluar makan kat Mak Cik Jah Cafe'.Salah satu restoran Malaysia yg aktif beroperasi di London.Kat sini gua boleh makan makananan kegemaran gua iaitu nasi lemak & teh tarik.Torres merupakan kawan baik gua dari hari pertama lagi gua kat sini.Emaknya warganegara Indonesia & bapanya pula berasal dari bandar Barcelona,Spain.So,Torres takde masalah utk berkomunikasi ngan gua walaupon Bahasa Melayu yg dituturnya lebih kepada loghat Indonesia.
Dengan pengalaman gua,menonton sinetron2 di kaca TV seperti Nada Cinta menguatkan lagi kefahaman terhadap bahasa Melayu yg dicakap oleh Torres.


                                                       Kome layan idak ceghite ni?




Sedang asyik menikmati makanan yg terhidang sambil diselangi perbualan aku dan Torres tentang berita hangat di mana striker Chelsea,Fernando yang gagal menjaringkan gol sejak dibeli dengan nilai $50 juta.Then,Samsung Galaxy Note gua berdering lagu dendangan band Arctic Monkey yg berjudul R U Mine?  yg sepertinya dari tunang gua yg kini berada nun jauh di Malaysia.Oh,sekali lagi terlupe nak kasitau korang yg aku dah bertunang dengan seorang artis di Malaysia.Suri namanya.Dalam perbualan yg memakan masa selama 1/4 jam itu,Suri mengatakan bahawa mak die sudah merancang perkahwinan kami sejurus sahaja gua balik Malaysia nanti.



                                              Keratan akhbar Metroz kelmarin.




Aku memang lelaki yg setia kpd pasangannya.So,Suri tidak perlu risau tentang kegiatan sosial aku di sini.Hal ini terbukti apabila lamaran utk menjadi kekasih dari selebriti2 Hollywood(kayu yg suci?) gua tolak mentah-mentah.Antara selebriti2 yg terlibat ialah Demi Lobato,Selena Gomis,Taylor Sweep & banyak lagi.







Hari ini genap 3 tahun pengajian aku di sini & hari ini jugalah aku menerima sijil ijazah aku sambil diperhatikan keluargaku yg hadir utk melihat kejayaanku di sini.Bapak telah menjamin yg jawatan Si Ee Ow(CEO) menjadi milikku tidak lama lagi.Sejurus sahaja sampai di tanah air,aku terus keluar bersiar2 di kotaraya Kuala Lumpur.Banyak perubahan telah berlaku.Universal Studio,Disneyland Malaya,KL Bridge dan pelbagai lagi tempat2 menarik telah dibangunkan oleh kerajaan Malaysia.Kemudian,aku terasa ingin ke Taman Tasik Titiwangsa utk menikmati kehijauan alam ciptaan Tuhan ini.


Bagai diserang sakit jantung tahap 5,apabila sepasang mata gua ini tertumpu pada satu pasangan kekasih yg sedang asyik memutik bunga2 cinta tanpa menghiraukan sesiapa pon.Setelah kaget apabila yakin bahawa pasangan yg kulihat tadi,rupa-rupanya tunanganku,Suri bersama seorang lelaki yg tidak sama sekali gua kenali.






Gua dah tahu siapa lelaki itu selepas mendapat info dari Torres yg sememangnya tahu tentang berita hiburan Malaysia.Yuzry.Ya,die adalah Yuzry.Atau lebih terkenal dgn name Yuzry KRV.Patah seribu kaki hati gua ketika itu setelah mendapat tahu kecurangan Suri terhadap gua.





Keesokannya,selepas solat Suboh dikerjakan,gua teros mengambil kunci Nissan Fairlady lalu menuju ke lokasi penggambaran filem terbaru Suri,Ular di Damansara.Tujuan gua adalah utk mendapatkan kepastian dari Suri tentang hubungannya dgn Yuzry KRV itu.


AKU:Assalamualaikum Suri.

SURI:Wa'alaikumussalam.Eh,awak dah balik.Bile awak balik?Kenapa tak suruh saya jemput awak kat     airport ?Kenapa awak......?Kenapa awak .....? dan kenapa....(reaksi muka terkejut beruk)

AKU:Sudahlah Suri.Tujuan saya jumpa awak arini semata2 nak dapat kepastian dari awak.

SURI:Kepastian.Kepastian what??

AKU:Saya nk tanye awak,siapa lelaki yg keluar dgn awak semalam kat Taman Tasik Titiwangsa?

SURI:Sebenarnya........Sebenarnye........

gua mencelah sepantas kilat. . .

AKU:Dan sebenarnya ape?(nada marah 75%)

SURI:Sebenarnya die boyfrengg baru Suri.Nama dia Yuzry.Orang panggil die.......

gua mencelah sepantas kilat tapi lebih laju dari tadi. . . 

AKU:Tak usah kau terangku dah tahu.

SURI:Emm..And kitorang dah nak kawin hujung minggu depan.

AKU:Owh,macam tu.Tapi kenapa sekarang?

SURI:Jim,Suri mintak maap sangat2 sbb jadi bende macam ni.Suri ingat panas sampai ke petang,rupanya..........(cover terlupa peribahasa ni)

sekali lagi gua mencelah. . . .
AKU:.......rupanye hujan di tengahari.

SURI:Kalau awak tak kisah,nanti jemputlah ke majlis kitorang 23rd Feb ni.

AKU:About that,tengok ler mcm mane nanti

SURI:Are you okay about this thing?And again I want to sorry about this.

AKU:It's okay.Nak buat macam mana.

SURI:You?

AKU:Redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah.

SURI:Kalau mcm itu,i got to go now.Bye!I will remember our memories.

AKU:Bye ):


Sejurus sahaja kejadian itu,berat kakiku ini bak 250kg beban logam terikat menjadikan aku lemah untuk mencapai Nissan Fairladyku yang terdampar di tapak letak kereta.Thus,aku terus menuju ke bangalo milik keluargaku dengan membawa hati ibarat kaca yg terhempas di marmar.







Hari demi hari berlalu.Kesedihan masih melanda.Luka tidak lagi sembuh sepenuhnya.Jika tubuh gua dibedah & hati ini dikeluarkan dari jasad,pasti ada kesan parut yang jelas kelihatan.Kini,aku lebih suka berseorangan.Meneruskan liku-liku hidup.Ia dugaan.





To be continue. . . . . . . . . . . 





p/s:Cerite di atas adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dgn yg   hidup,pengsan,koma dan mati.Harap maklum.