I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 8 June 2012

SITI SALA-HA



Dengan gegaran berukuran 8.9 skala ritcher,akhirnya mata gua ini terbukak jua.Oh,adik gua telah berhempas-pulas kejut gua dari tadi.Demam sedang melanda diri akibat EURO12 yang bermula secara rasminya awal pagi semalam membuatkan aku mengantuk tahap 5 seperti sekarang.


Gua segere bersiram dan kemudiannya bersiap.Gua nak ke Al-Ikhsan untuk membeli jersi team pilihan gua,Germany untuk EURO12 kali ini yang berlangsung di Poland & Ukrain.Kunci kerete kucapai,lantas enjin Audi RX8 gua berfungsi dengan lancar memberi isyarat bahawa ia dalam keadaan bersedia untuk digerakkan.


Selepas selesai urusan aku di Al-Ikhsan itu,gua pon pulang ke rumah.Tetapi hati gua masih teringat dia yg pertama kali gua lihat.Dia begitu cantik.Memang gua berkenanlah dgn die.Setelah berkenalan,akhirnya gua bawak balik die ke rumah untuk jumpe dgn parent gua.Parent gua tak menunjukkan sebarang reaksi yg menunjukkan mereka tidak setuju dgn pilihan gua.Mungkin,ia jodoh gua yg telah tersurat agaknye.


Hubungan kitorang semakin lama,semakin mesra.Kitorang semakin serasi.Dan sekarang sudah hampir 3 tahun aku bersamanya.Walaupon,die ade kekurangan tetapi gua terima seadanya sebab aku mmg sukakan die.Dan sekarang,tibalah masanye untuk gua memperkenalkan si die kepade korang semue.Inilah gambar si die:




                                                 Siti Salaha.(abaikan tangan gua tu!)


Walaupun dah terkoyak,tapi aku tetap setia kepadanya.Begitulah cerita gua dengan Siti Salaha atau nicknamenye Sala.

No comments:

Post a Comment

Bla , bla , bla !