I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 7 April 2012

-PART 2- Tuah Ayam Nampak Di Kaki. . . .

Jam Rolex gerbang malam masih lagi berfungsi dan kini sedang terikat dengan tangan kiri gua ni.Perasaan ingin sambung tidor gua ini sudah mencapai tahap 5 iaitu di tahap yg paling maksimum.Perlawanan bolasepak Liga Juara-Juara Eropah di antara Benfica vs Chelsea awal pagi tadi sungguh menghiburkan sehingga gua sanggup tengok sampai habis walaupon tu bukan match yg melibatkan team paveret gua,TNB Melaka Manchester United.Tepat jam 8.30 pagi dan gua hanya mempunyai lebih kurang 29 minit & 60 saat lagi untuk bersiap ke office.









Sebelum gua lupa,sebaik sahaja gua putus tunang dengan Suri tempoh hari,kini gua tidak lagi memandang ke belakang sebab hidup kita sentiasa bergerak ke depan.Sekarang gua memegang gelaran CEO di syarikat bapak gua,Epal Inc.Sekarang gua ada amanah yg perlu dipikul iaitu memastikan syarikat ni berkembang dan maju seiring dengan arus sungai globalisasi,dunia yg tanpa sempadan.





Bermodalkan Bugatti Veyron merah yang baru gua angkat kelmarin,gua terus memecut laju ke office gua.Ya,gua memang seorang yg menepati masa kerana gua sampai kat office 1/2 minit sebelum waktu kerja bermula.Seperti biasa,kerja & data2 fail tersusun rapi seperti Eiffel Tower di penjuru kiri meja gua sepertinya menanti untuk diuruskan dengan secepat mungkin.






Sejak kebelakangan ini gua memang sibuk sebab Personal Assistant a.k.a P.A gua dah resign atas alasan peribadi.Mengikut jadual,bulan depan gua akan dapat kembali Suri P.A gua yang baru.So,mungkin lepas ni beban yg sepertinya seberat Kubota(search Google kalau x tahu) sedang ditanggung ini akan kurang.Buat masa sekarang Epal.Inc sedang sibuk menyiapkan prototaip iPon 5s dan iBoard yang bakal diiktiraf sebagai gadjet tercanggih di abad ini jika projek ini berjaya.




Jika dulu gua selalu keluar dengan Suri tapi kini gua lebih selesa keluar dengan Torres.Oh lupa nak story,Torres skarang kerja dengan Epal.Inc.Post die dalam syarikat bapak! gua ialah Software Designer.Kitorang selalu lepak2 kat Cik Nab Cafe' sebab kat sini makanan semua sedap dan rege die pon berpatutan.Kat sinilah kitorang tengok bola,makan2,borak2 etc.


Genap sebulan dan April menjelma tanpa dipinta oleh sesiapa.Hari ni hari Isnin.Hari ni merupakan hari yg biasa bagi semue orang tapi tidak bagi gua.Meja P.A yang dulunya kosong kini kelihatan kelibat seorang gadis yg sepertinya cantik dengan padanan blouse Hush Puppies dan beg tangan Louis Vuitton berwarna jingga keperangan.


P.A:Encik Jimmy?

Gua:Ye,saya.Kenape?

P.A:Saya Personal Assistant baru encik.Nama saya Neelofa.

Gua:Owh.So,welcome to Epal Inc.

P.A:Trimas En.Jimmy.

Gua:Ok,no hal.Bilik saya kat penjuru sebelah kanan nombor 404.80

P.A:Kalau ada apa2 yg perlu saya bantu,En.Jimmy just panggil je saya.

Gua:Selamat bertugas.



                                              Personal Assistant gua.Neelofa.


Kehadiran orang baru di dalam Epal.Inc ibarat sinar baru yg menerangi hidup gua yg dahulunya suram gelap.Bebanan gua untuk menguruskan Epal.Inc lebih tersusun dengan adanya Neelofa.Adakah ini juga akan meringankan beban gua untuk mencari pengganti Suri.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia(gua) ngko tahu ke?


TO BE CONTINUE AGAIN. . .




P/S:Agak2 gua boleh jadi pengarah filem or drama/sinetron tak kelak?
















No comments:

Post a Comment

Bla , bla , bla !